UPSR

UPSR
08/09/2008
11
DAYS LEFT

Ahli Portal

48 registered
0 today
0 yesterday
0 this week
0 this month
Last: ku1996 offline

Program Terdekat

BACAAN YASIN
August 29, 2008 (8:00 am - 11:59 pm)
(PROGRAM) MAJLIS BACAAN YASIN UTK UPSR

View Full Calendar
Add New Event

Hargai Masa Anda

Syaaban
25
Khamis
1429 HIJRAH
 
Sejarah SKTS PDF Cetak Emel
Ditulis oleh webmaster   
Sunday, 24 September 2006

Diasaskan pada tahun  1948 oleh Encik Misron b. Hj. Taib, Ketua Kampung Tanjung Sepat dengan menumpang bangunan surau. Murid yang belajar ketika itu seramai 25 orang, lelaki dan perempuan. Murid tersebut hanya diajar membaca, menulis dan mengira sahaja. Waktu belajar ialah pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Penubuhannya atas kesedaran orang kampung tentang pentingnya pelajaran.                

 Awal tahun 1950 penduduk kampung membuat bangunan secara gotong royong dengan keluasan 30 kaki x 20 kaki. Pada bulan Mei 1951 pula ditambah lagi dengan bangunan yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk setempat.Seramai 43 orang murid (lelaki dan perempuan) telah menggunakan bangunan tersebut pada bulan Ogos 1951. 

                Atas usaha gigih penduduk setempat, kerajaan telah mengiktiraf Sekolah Melayu Tanjung Sepat pada 14 Oktober 1951. Dua orang guru terlatih telah ditempatkan di sekolah ini iaitu Cikgu Abd. Rashid b. Doya selaku Guru Besar dan Cikgu Idris b. Kahar sebagai guru penolong. 

                Pada bulan Mei 1960 pihak kerajaan telah membina bangunan baru yang mengandungi tiga bilik darjah dan sebuah pejabat Guru Besar. Bangunan ini dibina di sebuah tapak seluas 4.3 ekar, lot 1164 di mana tapak sekolah yang ada sekarang.

                 Pada tahun  1969, Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat menerima percantuman pentadbiran dengan Sekolah Asli Tanjung Sepat. Murid-murid asli darjah 3 dan seterusnya mulai belajar dengan murid-murid lain di sekolah ini.

                 Pada tahun 1975 seramai 271 murid telah belajar di sekolah ini manakala tahun  1984 pula seramai 341 orang. Tahun demi tahun bilangan murid semakin bertambah sehingga pada tahun 1986 terpaksa menumpang di Sekolah Agama Tanjung Sepat disebabkan keuzuran bangunan yang dibina pada tahun 1960. 

                Tahun 2006, Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat mempunyai kekuatan seramai 675 orang murid, 42 orang guru, dan 5 orang kakitangan bukan guru. Bangunan baru, makmal komputer dan rumah guru yang telah siap dibina dapat memberi kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid di alaf baru. Semoga sekolah ini terus maju dalam pelbagai aspek.

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 24 September 2006 )
 
 

© 2008 Portal SK Tanjung Sepat - SKTS Cemerlang dan Gemilang 2010
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.

HAK MILIK TERPELIHARA OLEH UNIT ICT, SEBARANG CADANGAN SILA EMAIL WEB MASTER SKTS
(versi 2007)